TUTORIAL TGP EXPERT # PART 2

 TUTORIAL - CARA MEMPROSES TGP

         >>》PART 2《<<

 

 HARI KE-5 DAN LANGKAH SETERUSNYA ⭕

Setelah cukup 5 hari (120jam) penjemuran,air TGP yang hijau sudah sedia untuk digunakan sebagai makanan kepada kutu air..Sebelum itu sila lakukan 2 step dibawah dahulu:

✅ STEP PERTAMA ~ Tapis air TGP menggunakan Penyaring Kopi atau BBS Net ataupun penyaring kain apa jenis pun yang penting halus untuk membersihkan air TGP yang telah lama di jemur secara terbuka di luar,ini bagi menyingkirkan kotoran serta benda asing yang ada dalam bekas tersebut terutamanya pemangsa dan sekaligus meningkatkan kualiti green water anda..Video cara membersihkan air green water TGP akan di sertakan di akhir artikel ini..sila bertenang dan teruskan membaca.

                        Penapis BBS Halus 

                         Penapis Kopi/Teh

 STEP KEDUA ~ WAJIB buat semula Air TGP yang baru untuk di jadikan makanan yang seterusnya pada 5 hari akan datang dan dalam masa yang sama air ini akan menjadi backup penyambung induk mikroalga anda bagi proses seterusnya nanti..cara ini bagi mengelakkan anda TEPUTUS BEKALAN MAKANAN AIR HIJAU kepada kutu air anda.

 SILA AMBIL PERHATIAN !!
PROSES PEMBUATAN AIR TGP KALI KE-2 INI BERBEZA DARI SEBELUMNYA.
SILA BACA DAN FAHAM DENGAN TELITI

Cara memproses air TGP untuk kali ke-2 ini adalah sama seperti dalam Video Tutorial kali pertama cuma ada sedikit perbezaan kuantiti air dan starter phytoplankton yang akan kita gunakan seperti di bawah :

- 18 Liter air bebas klorin
- 2 Liter Starter Phytoplankton (ambil dari air TGP anda yang berumur 5 hari tersebut)
- 1 Keping uncang Baja TGP
- 10 ml Black Tonic

Sila Rujuk Video Tutorial Yang Pertama Cara Memproses TGP, TETAPI Guna Ukuran yang baru seperti yang tertera di atas..Beginilah ukuran air seterusnya di masa Akan Datang sekiranya anda ingin memproses Green Water pada masa akan datang,anda boleh juga meningkatkan kadar Starter Phytoplankton sebanyak 10% hingga 30% daripada nilai isipadu keseluruhan air Green Water yang anda ingin hasilkan,.contoh :

anda ingat hasilkan Green Water sebanyak 20 Liter
2 liter Starter Green water
18 liter air bebas klorin

ataupun anda ingin hasilkan 400 liter Green Water
40-60 liter starter Green water
340-360 liter Air bebas klorin

bahan yang lain semua sama saja setiap 1 keping Baja TGP untuk hasilkan 20 liter green water,begitu juga dengan Black Tonic 10ml untuk 20 liter.


1 - ✅ CARA MEMBERSIHKAN AIR TGP YANG DAH MATANG 


✅ VIDEO TUTORIAL PROSES TGP 





Hak Cipta TURBO GREEN PHYTOPLANKTON 




STEP 2.

Comments