5 KESALAHAN YANG SERING DILAKUKAN OLEH PENTERNAK KUTU AIR PEMULA YANG MENGAKIBATKAN KEGAGALAN DALAM TERNAKAN KUTU AIR.
5 KESALAHAN YANG SERING DILAKUKAN OLEH PENTERNAK KUTU AIR PEMULA ( NEWBIE ) YANG MENGAKIBATKAN KEGAGALAN DALAM PENTERNAKAN KUTU AIR.
1.."MENGUNAKAN AIR YANG MASIH BERKLORIN".
- Perkara Pertama yang sering berlaku kepada Penternak Kutu Air Pemula adalah mengunakan air yang mempunyai Klorin yang masih aktif,ini Akan mengakibatkan Kutu Air anda Akan Mati Terbunuh! Disebabkan oleh Klorin tersebut..Untuk menghilangkan ataupun menNyah klorin air yg ingin digunakan,anda boleh mengunakan kaedah penjemuran air d bawah sinaran matahari selama 1-2 hari,Peraman air indoor selama 2-3 hari dan ke atas,ataupun mengunakan Anti Chlorine untuk menghilangkan klorin tersebut dengan cepat iaitu kurang dari 5 minit..selepas selesai penjemuran,peraman ataupun mengunakan anti klorin,pastikan sebelum mengunakan air tersebut sila gunakan "Chlorine Tester" untuk memastikan air yang anda akan gunakan telah Bebas Sepenuhnya Dari Klorin..
- Contoh Chlorine Tester -
2.."PEMILIHAN BEKAS/TANK YANG TIDAK BERSESUAIAN DENGAN TEMPAT PEMBIAKAN".
- Pemilihan bekas Pembiakan juga Penting untuk memastikan Tempat Pembiakan Kutu air Anda Sesuai mengikut tempat anda Meletakannya Sama ada indoor mahupun Outdoor..Kesalahan ini terjadi apabila penternak jenis Kaedah Outdoor, meletakan bekas pembiakan kutu air mereka di tempat yang terkena matahari terus,dengan mengunakan Bekas Jernih seperti Aquarium kaca/plastik,Bekas jernih tembus cahaya ataupun bekas yang berwarna Putih seperti Styrofoam Box (Coolbox putih),ini akan mengakibatkan terjadinya peningkatan Suhu Air yang mendadak di dalam bekas2 tersebut yang mana ini akan menjadi Faktor Utama yang mengganggu Pembiakan Kutu Air dan Juga mengakibatkan kutu air Mati secara Fatal disebabkan oleh suhu air yang terlalu panas..bagi penternak jenis Outdoor anda tidak digalakkan untuk mengunakan jenis2 bekas seperti yang dinyatakan diatas..
3.."PEMBERIAN MAKANAN YANG LEBIH DAN TIDAK SESUAI".
- Kesalahan dalam Pemberian Makanan yang Berlebihan dan yang tidak sesuai juga akan mengakibatkan Kegagalan Besar dalam proses penternakan kutu air,Anda Tidak digalakkan mengunakan makanan yang tidak bersesuaian dengan bekas/tank pembiakan anda,seperti bagi penternak yg mengunakan najis haiwan seperti kotoran ayam,puyu,burung dan yg yg lainnya anda tidak digalakkan mengunakan bekas/tank pembiakkan yang bersaiz kecil yang mana dikuatiri jika kurang pemerhatian bekas bersaiz kecil ini akan mudah tercemar airnya akibat daripada tindakbalas bahan kotoran tersebut dalam masa jangka yang panjang..
- Pencemaran Air akibat Dari makanan juga sering berlaku apabila Penternak Kutu Air Memberikan Dos makanan yang sangat berlebihan dan tidak sesuai dengan kadar saiz bekas dan kuantiti kutu air di dalam bekas tersebut,Masalah ini sering Berlaku juga kepada Penternak kutu air yang mengunakan yis/yeast sebagai makanan utama kutu air mereka,seperti yang kita sedia maklum Yis juga adalah makanan Boleh Diberikan kepada kutu air,akan Tetapi masalah tersebut bukanlah akibat dari menggunkan yis sebagai makanan,TETAPI adalah Dos makanan yang BERLEBIHAN itulah yang mengakibatkan kutu air anda mati akibat pencemaran dan lemas terperangkap pada lendir yang berlebihan disebabkan oleh pemberian yis yang berlebihan itu..sekiranya anda mengunakan Yis sebagai makanan kutu air anda Pastikan JANGAN sama sekali Memberikan dos makanan yang Berlebihan yang akan mengakibatkan pembiakan kutu air anda CRASH dan GAGAL.
-KELEBIHAN Untuk Penternak yang mengunakan makanan berasaskan Chlorella/Green water/Air hijau sebagai Makanan utama kepada Kutu Air mereka seperti Chlorella Dari Produk TGP Anda BEBAS DAN TERHINDAR daripada masalah OVER FEEDING ini,Kerana pemberian Chlorella yang berlebihan sama sekali TIDAK akan membunuh dan mencemarkan air di tank pembiakan anda Malah akan menjadi BOOSTER kepada Pembiakan kutu air anda dan meningkatkan pembiakan kutu Air anda ketahap maksima!.
Ingin tahu Info lanjut mengenai TGP anda Boleh click link dibawah :
https://ternakkutuair.blogspot.com/2020/07/apa-itu-tgp-dan-kegunaannya-new.html
4..KURANG PEMERHATIAN PADA KUALITI AIR
- Pemerhatian kepada Kualiti Air Juga memainkan peranan penting dalam pembiakan Kutu Air,Anda disyorkankan untuk menjaga kualiti Air sekiranya anda melihat keadaan Air agak kotor,berbau dan Tercemar anda hendaklah menukar air tersebut sama ada 50% atau 100% untuk mengelakan kutu air tersebut mati akibat pencemaran air,Dan masalah permukaan air yg kotor juga sering berlaku seperti mempunyai minyak,lemak ataupun habuk kotoran di permukaan air bekas pembiakan tersebut sebaiknya anda membersihkannya dengan mengunakan kertas ataupun tisu dengan menekap kertas/tisu di permukaan air secara automatik kotoran itu akan melekat pada kertas/tisu tersebut dan menarik semula kertas/tisu ke atas agar kotoran juga akan terkeluar dari bekas tersebut,.
- Untuk penguna makanan berasaskan Chlorella anda boleh menghindar masalah kotoran di permukaan air ini dengan mengunakan Air Pump/Bubble Stone/Oksigen dalam kadar yang perlahan,ianya tidak hanya sebagai media pembersih permukaan air malah memberikan oksigen lebih dalam bekas ternakan anda,dan juga membantu menghindari nyamuk bertelur di permukaan air bekas ternakan anda..
- Bagi penternak yang menggunakan Yis sebagai makanan kutu air,anda tidak digalakkan mengunakan Air pump/bubble stone/oksigen di dalam bekas pembiakan anda selepas pemberian makanan,ini akan mengakibatkan air dalam bekas ternakan anda akan menjadi kurang baik dan berlendir yang malah akan mengakibatkan kutu air anda lemas dan terperangkap di lendiran2 tersebut.
5.."WAKTU PENUAIAN YANG KURANG TEPAT"..
- Kesilapan Waktu Penuaian kutu air ini juga Sering Berlaku menjadi Faktor kegagalan dalam Penternakan kutu air,Penuaian Yang Terlalu awal akan mengakibatkan Pembiakan Kutu air terganggu dan akan Mengurangi kadar pembiakan kutu air,ini kerana masih banyak induk2 kutu air belum melepaskan telur dan anak2 mereka sepenuhnya untuk meneruskan pembiakkan dan malah ada anak2 kutu air yang masih belum cukup matang untuk bertelur dan melepaskan generasi mereka..Penuaian awal dan berlebihan dari pembiakan juga akan Mengurangi kadar penerus pembiakkan kutu air di sesebuah bekas tersebut,waktu penuaikan yg ideal ialah pada minimum selepas 12 hari dan keatas untuk memastikan pembiakan kutu air banyak dan dengan pemberian masa yg melebih dari 12 hari,ia akan membolehkan induk2 dan generasi selepas mereka untuk membesar,bersenyawa dan melepaskan anak yang bnyak untuk meneruskan pembiakkan mereka di sesebuah bekas pembiakan tersebut..
- untuk yang ingin menuai kutu setiap hari anda disyorkan untuk menyediakan bekas pembiakan lebih banyak sekurang-Kurangnya 5 bekas dan keatas untuk proses Penuaian harian dan Sistem Penuaian yang berskala bagi mengawal serta mengelakkan terputusnya rantaian pembiakkan kutu air di farm anda..
Comments
Post a Comment