DAPHNIA MAGNA
Keluarga spesis Daphnia Mempunyai beberapa jenis seperti Daphnia Cristata,Daphnia Cucullata,Daphnia Galeata,Daphnia Longsipina,Daphnia Pulex,Daphnia Magna dan lain2 lagi,Daphnia Magna dan Pulex di antara yang Sering digunakan dalam industri ikan hiasan dan industri Ternakan dan makanan akuakultur.
DAPHNIA MAGNA berbentuk Bujur memanjang tidak bulat sfera,ukurannya sekitar 1.1-4.0 mm. Warna tubuh Daphnia kelihatan Seperti coklat kemerahan. Bagian kepalanya mempunyai dua jalur antena dan juga Mempunyai Ekor Sedikit berbentuk bujur tajam di bawahnya..Di dalam Bekas,Paya,Kolam,Tasik kloni Daphnia akan terlihat seperti Bintik2 merah dan apabila kloni Daphnia membiak banyak ia akan terlihat seperti berputar dan mengambang membentuk seakan Gunung2 Merah diatas permukaan air..Habitat asal Daphnia ialah Paya air tawar,tasik,Dan kolam Tanah,Tempat Pembiakkan ideal bagi Pembiakkan Daphnia adalah Air Paya,Air Semula jadi,Air sungai,Air Tasik,Air Terjun dan air yang bebas klorin dengan suhu 26-31 Darjah Cecius dengan pH Sekitar 6.5-7.5pH.
Daphnia Boleh Membiak secara seksual dan juga aseksual (Parthenogenesis).Pembiakkan aseksual/Parthenogenesis bermaksud induk Daphnia Betina Boleh akan menghasilkan Telur dan menetaskan anak tanpa ada persenyawaan benih dari induk Daphnia Jantan..Manakala Pembiakkan seksual pula sebaliknya,Induk Daphnia jantan dan betina melakukan Persenyawaan untuk menghasilkan Telur Ephippium.
Kitaran hidup Daphnia bergantung dengan keadaan semasa sekitar 31~36 hari,induk Daphnia Betina akan Bertelur dan melahirkan anak setiap hari. Daphnia boleh bertelur atau beranak sebanyak 5 hingga 39 ekor sehari mengikut saiz masing2..Sebahagian kajian Pada jenis tertentu seperti Daphnia Magna ianya Boleh bertelur hingga melebihi 100 biji.
( Gambar : BioLib.Cz )
MOINA juga diantara makanan hidup Popular yang mempunyai Protein tinggi dan sering digunakan di Industri aquaculture seluruh Dunia..Moina juga mempunyai jenis2 tersendiri Seperti Moina Reticulata,Moina brichiata,Moina Salina,Moina Australienses,Moina Siammese,Moina Macrocopa juga disebut sebagai Moina Micrura Kruz oleh sebahagiannya dan spesis Moina lain2nya,.
Ukuran saiz moina lebih kecil dari Daphnia, sekitar 0.9-1.8 mm. Warna tubuhnya coklat kemerahan. Pada bagian perut terdapat seperti kaki pencakar pada abdomennya,dan pada bagian punggungnya mempunyai seperti rambut kasar. Di alam, kloni Daphnia biasanya bercampur baur dengan moina, sehinggakan sukar untuk dibezakan diantara kedua jenis zooplankton ini..
Sama Seperti Daphnia, Moina juga boleh berkembang biak secara aseksual dan seksual. Kitaran hidup bagi moina lebih singkat berbanding Daphnia yaitu sekitar 10~14 hari mengikut keadaan semasa..kemampuan pembiakkan Moina sekitar 4~30 ekor per hari mengikut saiz masing2.
Moina mudah ditemukan Di habitat asalnya di perairan air tawar seperti paya air tawar,tasik,kolam,saliran Air Sawah,Saliran Parit/Longkang,Tasik kumbahan Dan Tempat ideal Bagi Pembiakkan Moina iaitu Suhu perairan berkisar 24-31 Darjah Celcius dengan pH kisaran dalam 6.5pH hingga 7.5pH.
Kedua2 Zooplankton Jenis Daphnia Dan Moina ini sangat sesuai diberikan kepada anak2 ikan mengikut saiz mereka,pilihan utama bagi penternak ikan Hiasan seperti ikan Laga dan Guppy serta lainnya yang mempunyai saiz Fry yang kecil mereka akan mengunakan Moina untuk makanan permulaan fry mereka,manakala selepas mencecah 2 hingga 4 minggu barulah sesuai mengunakan spesis Daphnia mengikut saiz fry tersebut..
Dan kedua2 jenis Daphnia dan moina ini boleh di biakkan dan di ternak sendiri oleh anda,Selain dari air makanan juga faktor penting yang pasti wajib di berikan untuk mereka sebagai makanan utama untuk terus hidup,pilihan makanan terbaik adalah sangat penting untuk meningkatkan pembiakkan mereka ketahap paling maksima..Salah 1 makanan terbaik dan terbukti keberhasilan makanan tersebut untuk meningkatkan pembiakkan kutu air secara mendadak yang juga digunakan oleh pengkaji2 Zooplankton seluruh dunia dari Zaman dahulu lagi iaitu sejenis Microorganisma hidup di air masin dan air tawar iaitu PHYTOPLANKTON,dan Jenis Phytoplankton Yang sering digunakan oleh penternak Zooplankton hampir di seluruh dunia mengunakan Salah 1 nya ialah Chlorella Pyrenoidosa ( Chlorella Air Tawar )..
TGP iaitu TURBO GREEN PHYTOPLANKTON
Adalah Produk Yang Dihasilkan Dengan FORMULASI MINERAL TERBAIK Untuk Menghasilkan Live Chlorella Dengan Mudah Dan Pantas,Ianya Bagi Membantu Dan Menjadikan ianya Lebih Mudah Untuk Para Breeder Atau Penternak Ikan Hiasan Untuk Menghasilkan Chlorella Dengan Mudah Dan Pantas,Hanya "CUMA 5 HARI SAHAJA" Selepas Proses Penjemuran Di Bawah Sinaran Matahari Secara Terus,Chlorella Sudah Sedia Untuk Digunakan Sekaligus Anda juga Sudah Boleh Mula Menternak Sendiri Kutu Air Daphnia Mahupun Moina Serta Spesis Zooplankton Yang Lainnya..
Untuk baca info TGP lebih lanjut boleh click link dibawah :
https://ternakkutuair.blogspot.com/2020/07/apa-itu-tgp-dan-kegunaannya-new.html
Untuk Dapatkan TGP Secara Terus boleh click link Dibawah :
https://ternakkutuair.blogspot.com/2020/07/tgp-package.html
Official Facebook Page TURBO GREEN Phytoplankton jgn lupa Like,Follow & Share FB Page kita ya tanda sokongan anda kepada produk tempatan kita...Thank you Gaiz..😉😊
https://www.facebook.com/TURBO-GREEN-Phytoplankton-100241381415831
#TGP
#TurboGreenPhytoplankton
#Chlorella
#jombelajarternakkutuairsendiri
Comments
Post a Comment