TUTORIAL TGP EXPERT # PART 1

 TUTORIAL - CARA MEMPROSES TGP 

 >>》PART 1《<<

🔹️ Apa yang anda perlu anda SEDIAKAN semasa SET TGP sampai ke tempat anda??  

  • PERTAMA ~ Sediakan BEKAS/BESEN berbentuk bulat ataupun 4 segi yang penting ianya boleh menampung kuantiti air sebanyak 20 liter atau lebih,jangan gunakan bekas yang kecil kurang dari 20 liter.
  • KEDUA ~ Sediakan AIR BEBAS KLORIN sebanyak 20 LITER dan masukkan kedalam bekas/besen tersebut.                                                                                                                          (sekiranya anda belum ada air bebas klorin anda bolehlah menghilangkan klorin terlebih dahulu sementara menunggu Set TGP sampai ke tempat anda,sama ada menggunakan kaedah Peraman Air/Jemur ataupun menggunakan Anti Klorin)

NOTE*  
>> Anda digalakkan untuk menggunakan Besen atau Bekas yang luas permukaannya,boleh berbentuk bulat ataupun 4 segi,ini bagi membantu meningkatkan kadar kemasukkan Cahaya Matahari ke dalam bekas pembiakkan TGP,ianya bagi membantu mempercepatkan proses pembiakkan Phytoplankton/Mikroalga/Chlorella/Green Water anda..

>> TIDAK DIGALAKKAN mengunakan BEKAS TINGGI DAN GELAP HITAM Seperti Tong Drum atau Tong Sampah bertutup untuk mengelakkan kegagalan cahaya matahari memasuki bekas tersebut yang akan mengakibatkan KEGAGALAN dalam proses pembiakkan Mikroalga nanti.

>> Sekiranya kawasan tempat anda tinggal kurang mendapat cahaya matahari sebaiknya anda menggunakan bekas yg transparent/jernih atau berwarna putih bagi membantu menguatkan pencahayaan masuk ke dalam bekas pembiakkan TGP anda.

>> WAJIB GAUL /KACAU2/STIRR air tersebut minimum 2 - 3 kali sehari dan lakukan setiap hari selama 5 hari berturut-turut setiap kali kacau cuma dalam kiraan 5-10 saat sahaja,proses ini sangat PENTING dan dapat membantu perkembangan mikroalga anda,TIDAK PERLU menggunakan Air Pump.

 JANGAN LETAK BEKAS TERSEBUT DI TEMPAT YANG MEMPUNYAI BAYANG2

>> Anda DIWAJIBKAN untuk menjemur air TGP yang telah diproses nanti di tempat yang terbuka dan terdedah Cahaya Matahari secara terus untuk meningkatkan kadar kemasukan cahaya kedalam bekas tersebut tanpa ada penghalang seperti bayang2 objek,pokok atau bayang2 bangunan rumah yang akan menggangu pencahayaan matahari terus kepada bekas tersebut.

⚠️ SEKIRANYA HUJAN APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN??⚠️

-- Sekiranya Cuaca kerap hujan,anda hendaklah menutup bekas air TGP tersebut dengan petutup yang jernih tembus cahaya,contohnya seperti Plastik Keras,Kaca,ataupun Plastik Lembut yang Jernih yang biasa digunakan untuk Mengalas Maja,Lapik Buku ataupun Yang biasa digunakan untuk Pembalut Buah atau Bungkusan Pengeposan/Plastic Wrap..

 ⚠️ WAJIB ANDA KETAHUI ! ⚠️
Apabila anda menutup bekas tersebut,pastikan anda tidak menutup secara kedap udara,WAJIB ada ruang udara keluar masuk ke dalam bekas tersebut dari bahagian tepi bekas,lagi besar ruang udara tersebut lagi bagus untuk pengudaraan dan BUKAN daripada atas bekas untuk mengelak hujan masuk  ke dalam bekas tersebut,Proses ini dapat membantu memudahkan pengawalan suhu/kelembapan/penyingkiran gas dan peredaran udara yang baik bagi menyempurnakan proses fotosentisis dengan memudahkan putaran oksigen dan penyingkiran karbon dioksida iainya secara tidak langsung membantu mempercepatkan proses penyingkiran ammoina dengan lebih cepat agar mikroalga anda lebih cepat matang dan segara dapat digunakan.

jangan risau 😊 kami sediakan beberapa contoh2 gambar Penutup Bekas yang dibuat oleh pengguna2 TGP dengan kretiviti mereka masing2 sebagai sumber rujukan dan contoh idea untuk anda buat melalui link yang akan di kongsikan di bawah.

⛔⚠️  AMARAN!! ⚠️⛔

PENUTUP BEKAS INI HANYA BOLEH DIGUNAKAN PADA WAKTU HUJAN SAHAJA,KALAU TIDAK HUJAN JANGAN GUNA..DILARANG MENUTUP BEKAS TGP ANDA SETIAP HARI TERUTAMANYA PADA WAKTU PANAS IANYA AKAN MEROSAKKAN PERTUMBUHAN MIKROALGA ANDA!


1 - ✅ VIDEO TUTORIAL PROSES TGP 


2 - ✅ CONTOH GAMBAR-GAMBAR PENUTUP BEKAS PADA WAKTU HUJAN ✅



SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA ANDA BERJAYA DAN SUCCESS SELALU GAIZZ..💪👍😊

OFFICIAL FACEBOOK PAGE TGP iaitu TURBO GREEN Phytoplankton Dapatkan info2 & tips2 bermanfaat mengenai kutu air dan green water yang kami kongsikan di Page TGP...TQ all 😊

DAN SUBSCRIBE OFFICIAL CHANNEL YOUTUBE TGP Iaitu Afidz Kerio Channel Dan Sila Tekan Butang Lonceng Untuk sentiasa mendapat secara terus notification Video2 Terbaru Mengenai Cara Pembiakkan Chlorella Dan Kutu Air Serta Info Berkenaan Aquaculture..Terima kasih atas Sokongan Padu anda..🙏😊..Sila Click link di bawah 👇👇👇



Hak Cipta TURBO GREEN PHYTOPLANKTON 




STEP 1.

Comments