Daphnia & Moina terapung di atas Permukaan Air tidak dapat berenang masuk semula ke dalam air?? apakah punca masalah ini berlaku? apakah langkah untuk mengelakkan perkara ini terjadi kepada anda?

 





Daphnia & Moina terapung di atas Permukaan Air tidak dapat berenang masuk semula ke dalam air??😱😱

apakah punca masalah ini berlaku?😱

apakah langkah untuk mengelakkan perkara ini terjadi kepada anda?😱 Jom!.

Kutu air Daphnia & Moina mempunyai "carapace"/lapisan kantung perut yg boleh mengembang serta mengekalkan udara di dalamnya,bagi mengelakkan masalah kutu air anda akan terapung di atas permukaan air lakukan cara ini :

- Pastikan anda menyediakan air dan bekas pembiakkan terlebih dahulu bagi memudahkan kerja2 pengendaliannya.

- Apabila anda menerima bungkusan starter kutu air anda pastikan anda lap plastik tersebut hingga bersih dan membukanya untuk mendedahkan kepada udara segar.

- Lakukan "Acclimate Procedure" iaitu masukkan plastik tersebut d dalam air bekas pembiakkan kutu air anda yg akan anda gunakan bagi menyesuaikan keadaan air dalam plastik dengan air dalam bekas pembiakkan tersebut.

- Setelah itu apabila anda menuangkan kutu air di dalam bekas pembiakkan anda,Elakkan melepaskan kutu air dm & moina dengan cara menuangkan mereka dari atas permukaan air seperti menuang "teh tarik" ini akan memberi tekanan kepada carapace kutu air tersebut dan boleh mengakibatkan udara akan termasuk kedalam carapace/perut mereka dan terperangkap di dalamnya dan boleh menyebabkan mereka terapung dan terperangkap di permukaan air.

- Lepaskan kutu air dengan cara perlahan2 menenggelamkan plastik tersebut bersama kutu air dan menuangkan/melepaskan mereka perlahan2 kedalam air bekas pembiakkan tersebut seperti yg biasa di lakukan ketika melakukan proses Acclimating Ikan.

Info tambahan,

-  Apabila anda memberi makanan kepada kutu air dalam bentuk cecair dgn kuantiti yg banyak seperti Live Phytoplankton/Chlorella/Green Water pastikan anda menuangkan perlahan2 kedalam bekas tersebut pada tempat yg tiada/kurang kutu air berkumpul d kawasan tersebut..atau boleh juga menuang air makanan tersebut melalui dinding2 bekas pembiakkan tersebut..

- Elakkan menangkap kutu air menggunakan sauk dan membiarkan mereka terlalu lama di atas permukaan air yg terdedah dgn udara dgn terlalu lama ini juga akan mengakibatkan carapace mereka akan terperangkan udara yg mengakibatkan mereka terapung.

- Sekiranya Ini berlaku kutu air anda terapung d atas permukaan air,last option yg anda boleh lakukan adalah dgn menangkap semula kutu air yg terapung tersebut menggunakan sauk kemudian terbalikkan sauk itu dgn posisi  tenggelamkan mereka menggunakan sauk tersebut beberapa saat dan angkat semula sauk itu perlahan2 keluar dari bekas tersebut,ulang beberapa kali sehingga mana yg boleh,keberhasilan cara ini adalah sangat rendah namun ini adalah last option yg boleh kita lakukan daripada membiarkan mereka akan mati perlahan2 d atas permukaan air tersebut..better then nothing 😊

Like & share kepada sobat2 sehobi semoga bermanfaat kepada anda dan sobat2 sekalian 😊👍🏻

#TGP
#TurboGreenPhytoplankton

Comments