TUTORIAL MEMPROSES TGP
>>》STEP PERTAMA《<<
※INFO PENTING SEBELUM MEMPROSES TGP※
SILA BACA SAMPAI HABIS, Cara-cara Memproses TGP dengan Betul,supaya anda tidak melakukan kesilapan yang akan mengakibatkan kegagalan dalam memproses TGP,juga akan disertakan link video tutorial di akhir artikel ini bagi memudahkan anda lebih Memahami secara Praktikal Proses Pembuatan TGP..
Untuk Pengetahuan anda ini adalah STEP YANG PERTAMA,setelah Menjemur TGP selama 5 Hari (Hari Ke-5 Bersamaan 120 Jam),anda WAJIB MENERUSKAN STEP SETERUSNYA IAITU STEP YANG KE-2 juga akan disertakan link Step Ke-2 Di akhir artikel ini,sila teruskan membaca dengan Tenang dan Teliti.
🔹️ Apa yang anda perlu buat atau Sediakan sebelum SET TGP sampai ke tempat anda??
- PERTAMA ~ Sediakan Air BEBAS KLORIN sebanyak 20 Liter,dan masukkan ke dalam Besen/Bekas Bulat ataupun Persegi yang penting boleh menampung kuantiti air sebanyak 20 Liter..
- Anda DIGALAKKAN untuk menggunakan Besen atau Bekas yang luas permukaannya,boleh yang berbentuk Bulat ataupun Persegi,sebaiknya mengunakan Bekas Jernih seperti Akuarium kaca ataupun Box Plastik Jernih,boleh juga yang berwarna Putih seperti Styrofoam Box,warna jernih dan putih ini sangat membantu meningkatkan kadar kemasukkan Cahaya Matahari ke dalam bekas pembiakkan Chlorella TGP,ianya bagi mempercepatkan proses pembiakkan Chlorella/Green water/Air Hijau ini,sekiranya tidak mempunyai bekas jernih ataupun berwarna putih,anda masih boleh menggunakan bekas yang berwarna lain seperti Biru,Merah,Kelabu,Hijau,Hitam dan lain2 warna TETAPI Pastikan nanti ketika anda menjemur TGP Hendaklah di tempat yang terdedah Cahaya Matahari Secara terus di tempat yang terbuka untuk meningkatkan kadar cahaya matahari masuk kedalam bekas tersebut.
- Anda TIDAK DIGALAKKAN Mengunakan Bekas Tinggi Dan Gelap Hitam Seperti Baldi atau Tong Sampah Bertutup Untuk Mengelakkan Kegagalan Cahaya Matahari Untuk Memasuki Bekas Tersebut yang akan mengakibatkan KEGAGALAN dalam proses pembiakkan Chlorella nanti.
- KEDUA ~ Jika anda belum ada air bebas Klorin anda boleh mengunakan Kaedah Peram Air Selama 3-4 Hari untuk menghilangkan Klorin terlebih dahulu sebelum TGP sampai ke kempat anda..Jika anda ingin lebih CEPAT anda juga boleh Menggunakan ANTI CHLORINE,"TETAPI" Selepas mengunakan Anti Chlorine PASTIKAN CHECK Terlebih dahulu sebelum menggunakannya untuk memastikan air tersebut telah BETUL2 BEBAS DARI KLORIN SEPENUHNYA..Cara Terbaik untuk memastikan keberadaan Klorin di dalam air tersebut anda boleh mengunakan "CHLORINE TESTER" yang boleh anda dapatkan di kedai2 ikan berdekatan..anda juga boleh mengunakan Air Hujan,Air Terjun,Air Graviti,Air Bukit,Air Mata Air,Air Perigi Yang Jernih,Air sungai Yang Jernih dan Air Peraman.
--》 Selepas Melihat Video Tutorial dan telah selesai Mencampurkan/Mix kesemua bahan2 seperti yang anda tonton di dalam video Tutorial Nanti,Bekas tersebut "WAJIB" diletakkan di tempat Terbuka yang terkena SINARAN CAHAYA MATAHARI secara terus dan sebaiknya mendapat sinaran matahari yang panjang dari pagi hingga ke petang,untuk mempercepatkan proses pembiakkan Phytoplankton tersebut,tetapi sekiranya tidak mempunyai kawasan seperti tersebut di tempat anda,anda boleh usahakan menjemurnya di mana-mana kawasan rumah anda,sekurang-kurangnya bekas tersebut terdedah matahari minimum 7-8jam sehari,lagi lama terdedah di bawah sinaran matahari lagi cepat dia membiak dan menghijau,
⛔ SILA AMBIL PERHATIAN!!.⛔
JANGAN LETAK BEKAS TERSEBUT DI TEMPAT YANG MEMPUNYAI BAYANG2 sesuatu objek atau bangunan yang akan menghalang cahaya matahari Masuk kedalam bekas tersebut dan hanya menerima cahaya matahari pada jam2 tertentu..
JANGAN LETAK BEKAS TERSEBUT DI TEMPAT YANG MEMPUNYAI BAYANG2 sesuatu objek atau bangunan yang akan menghalang cahaya matahari Masuk kedalam bekas tersebut dan hanya menerima cahaya matahari pada jam2 tertentu..
WAJIB GAUL ATAU KACAU2 air tersebut minimum 3 hingga 5 kali sehari setiap hari selama 5 hari berturut-turut setiap kali kacau cuma dalam kiraan 15-20 saat sahaja setiap kali kacau,anda DIGALAKKAN Kerap menggaul/kacau2 pada waktu tengahari ianya dapat membantu mempercepatkan proses Pembiakan dan Penghijauan Air tersebut..Jika ingin menggunakan Air Pump/Air Bubble Stone/angin oksigen anda hanya digalakkan mengunakan Air Pump Sekadar selama 48jam/2 hari sahaja setelah air di dalam bekas tersebut bertukar hijau sila Matikan/OFF dan Gaul/Kacau secara manual sahaja sehingga Hari Ke 5..Hanya Tank Pembiakkan Chlorella yang Kapasiti Besar seperti 60 hingga 500 Liter keatas sahaja Digalakkan mengunakan Air Pump yang berterusan setiap hari selama proses penjemuran dilakukan..
-- Dan sekiranya Cuaca kerap hujan ataupun hujan tidak menentu atau mungkin anda tidak sentiasa berada d tempat penjemuran TGP tersebut,pastikan bekas tersebut tidak dimasuki air hujan,anda hendaklah menutup bekas TGP tersebut dengan petutup jernih tembus cahaya,contohnya seperti plastik keras ataupun kaca ataupun Plastik Lembut yang Jernih yang biasa digunakan untuk Mengalas Maja,Lapik Buku ataupun Yang biasa digunakan untuk Pembalut Buah atau Bungkusan Pengeposan/Plastic Wrap..
-- WAJIB DIKETAHUI Apabila menutup bekas tersebut,pastikan anda tidak menutup secara kedap udara,WAJIB ada ruang udara keluar masuk ke dalam bekas tersebut dari bahagian tepi bekas,lagi besar lagi bagus dan bukan daripada atas bekas untuk mengelak hujan masuk daripada atas bekas tersebut,ini Kerana kita melakukan pembiakkan Jenis OPEN OUTDOOR SYSTEM/HYGIENIC CULTURE ianya bagi memudahkan pengawalan Suhu/Kelembapan/Penyingkiran Gas dan Peredaran Udara dengan baik meskipun dalam keadaan Bertutup pada waktu hujan,Sebaik-baiknya Biar bekas tersebut dalam keadaan Terbuka sekiranya tidak hujan atau waktu panas agar memudahkan Pengawalan suhu/Kelembapan/Penyingkiran Gas Dan Peredaran udara yang baik bagi menyempurnakan Proses Fotosentisis dengan memudahkan putaran Oksigen dan Penyingkiran Karbon Dioksida dan Juga Secara tidak langsung membantu mempercepatkan proses Penyingkiran Ammoina dengan lebih cepat agar Chlorella lebih cepat Matang dan segara dapat digunakan..
Kami sediakan Beberapa Contoh2 Gambar Penutup Bekas yang dibuat oleh pengguna2 TGP Dengan Kretiviti Mereka Masing2 Sebagai Sumber Rujukan dan contoh idea untuk anda buat Melalui Link yang akan di kongsikan di akhir artikel ini..Sila Bertenang Dan teruskan membaca dengan Tenang dan Teliti..😊
⚠️ WARNING ⚠️
⛔ SILA AMBIL PERHATIAN!!. ⛔
PENUTUP BEKAS INI HANYA BOLEH DIGUNAKAN PADA WAKTU HUJAN SAHAJA,KALAU TIDAK HUJAN TIDAK PERLU DIGUNAKAN SAMASEKALI BIARKAN IANYA DALAM KEADAAN TERBUKA UNTUK MENGELAKKAN CHLORELLA ANDA MENGALAMI GANGGUAN PERKEMBANGAN ATAS SEBAB2 TERTENTU DAN DILARANG MENGUNAKAN PENUTUP PADA WAKTU PANAS YANG AKAN MEROSAKKAN PERTUMBUHAN PHYTOPLANKTON PADA WAKTU PANAS.
Di Bawah Artikel ini Kami Sediakan Beberapa Link Pautan Untuk Anda Layari Bagi Melengkapkan Pembelajaran Tutorial Anda,WAJIB Masuk Kesemua Link yang Telah kami berikan dibawah agar tidak Ketinggalan Langkah memproses TGP dengan Sempurna.
⛔WAJIB CLICK DAN LIHAT KE SEMUA LINK⛔
WAJIB CLICK DAN LIHAT KE SEMUA 3 LINK YANG TELAH DIBERIKAN BAGI MELENGKAPKAN PROSES TUTORIAL ANDA..
1 - ✅ VIDEO TUTORIAL PROSES TGP ✅
*Di Dalam Video akan Kami tunjukkan Bagaimana cara mencampurkan Bahan2 TGP,Sila click link Youtube Di bawah Ini Untuk Melihat VIDEO TUTORIAL LENGKAP CARA PROSES TGP 👇https://youtu.be/LWSTC8JCkrE
2 - ✅ CONTOH GAMBAR-GAMBAR PENUTUP BEKAS PADA WAKTU HUJAN ✅
*Di Dalam link ini Kita Kongsikan beberapa gambar sebagai rujukan dan dijadikan Contoh Idea Penutup Bekas yang anda boleh membuatnya sekiranya cuaca hujan yang tak menentu di kawasan anda..Sila Click Link Di Bawah 👇
3 - ✅ TUTORIAL #PART 2 (STEP YANG KE-2) ✅
*Setelah Menjemur TGP selama 5 Hari (Hari Ke-5 Bersamaan 120 Jam),anda WAJIB MENERUSKAN STEP SETERUSNYA IAITU STEP YANG KE-2 BAGI MELENGKAPKAN PROSES TUTORIAL ANDA DAN SECARA LANGSUNG MENYEDIAKAN BEKAS PEMBIAKKAN KUTU AIR.. Sila Click Link Di Bawah 👇👇
SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA ANDA BERJAYA DAN SUCCESS SELALU GAIZZ..💪👍😊
Dan JANGAN lupa LIKE & SHARE OFFICIAL FACEBOOK PAGE TGP iaitu TURBO GREEN Phytoplankton tanda sokongan anda kepada produk tempatan kita,serta Dapatkan info2 bermanfaat di page kita yang akan sentiasa kita kongsikan bersama di sana...TQ all 😊👍🏻👍🏻
Hak Cipta TURBO GREEN PHYTOPLANKTON
STEP 1.
Comments
Post a Comment