Bagi meneruskan langkah seterusnya untuk menyempurnakan Proses Pembiakkan Chlorella dan juga Pembiakkan Kutu Air,Sila Ikuti Step Di Bawah : 👇👇👇
--------------- Langkah 1 -----------------
Dengan melakukan step ini iaitu Penyediaan bekas Pembiakkan Chlorella yang seterusnya untuk Menyambung Pembiakkan Chlorella dan juga untuk menyediakan Makanan Backup kepada Kutu Air pada Hari yang akan datang,ini kerana kita akan mengunakan Air Chlorella dari bekas yang pertama itu sebagai makanan harian untuk kutu air setiap hari sehingga ianya habis,pada waktu Chlorella bekas pertama itu habis secara automatik kita telah pun menyediakan Air Chlorella pada bekas yang Kedua ini dan malah telah pun siap sedia untuk digunakan sebagai makanan kutu air dan starter Chlorella seterusnya pada tank yang ke 3 dan akan datang,begitulah seterusnya..
1..Sediakan Bekas/Bisin berisi air bebas klorin sebanyak 18 liter untuk kita buat semula Chlorella TGP/Green Water yang baru untuk kita gunakan semula sebagai makanan kutu air untuk hari yang selanjutnya dan dalam masa yang sama menyambung pembiakkan Chlorella..seperti yang anda sedia maklum SANGAT DIGALAKKAN mengunakan Bekas Jernih seperti Akuarium kaca ataupun Box Plastik Jernih,boleh juga yang berwarna Putih seperti Styrofoam Box,warna jernih dan putih ini sangat membantu meningkatkan kadar kemasukkan Cahaya Matahari ke dalam bekas pembiakkan Chlorella TGP..
Cara Memprosesnya sama seperti dalam Video Tutorial yang pertama kita buat TGP cuma kali ni kita menggunakan 18 liter air bebas klorin,dan kita ambil 2 liter Air Chlorella yang dah siap dijemur 5 Hari tersebut untuk dijadikan sebagai starter Chlorella,Baja TGP 1 keping dan Black Tonic 10ml seperti biasa,bila dah siap Mencampur Kesemua bahan2 tersebut,Sila jemur seperti biasa di bawah Cahaya Sinaran matahari secara terus di tempat yang terbuka..
- 18 Liter air bebas klorin
- 2 Liter Starter Chlorella/Green water
- 1 Keping uncang Baja TGP
- 10 ml Black Tonic
Sila Rujuk Video Tutorial Yang Pertama Cara Memproses TGP, TETAPI Guna Ukuran yang baru seperti yang tertera di atas..Beginilah ukuran air seterusnya di masa Akan Datang sekiranya anda ingin memproses Chlorella pada masa akan datang,anda boleh juga meningkatkan kadar starter Chlorella 10% hingga 30% nilai kuantiti Starter Chlorella daripada isipadu keseluruhan seperti 3 liter atau 4 liter untuk mempercepatkan lagi proses pembiakkan Chlorella Tetapi pastikan Keseluruh jumlah isi padu adalah 20 liter untuk 1 keping Baja TGP serta 10 ml Black Tonic sebagai contoh 17 liter air bebas klorin manakala 3 liter untuk starter Chlorella jadi total keseluruhan isipadu tetap 20 liter..
Click link dibawah untuk melihat semula video tutorial yang pertama Cara memproses TGP..👇👇
--------------- Langkah Ke-2 -------------------
2..Sediakan Bekas/Besen bersaiz lebih kurang 20 hingga 30 Liter dan isi air Bebas Klorin sebanyak 10 liter dan Ambil Air Chlorella Sebanyak 2 liter campurkan keduanya kedalam 1 bekas yang sama,Bekas ini kita sediakan untuk dijadikan sebagai tank Pembiakkan kepada Kutu Air,Suka saya ingatkan sekali lagi WAJIB TAPIS AIR CHLORELLA yang hendak digunakan Dengan penyaring/penapis untuk menjaga kebersihan dan mengelak benda asing masuk ke dalam bekas Ternakan Kutu Air anda,
Untuk bekas pembiakkan kutu air adalah TIDAK DIGALAKKAN untuk mengunakan bekas berwarna jernih seperti kaca,bekas jernih plastik,atau bekas berwarna putih,kerana dikuatiri boleh mengganggu Pembiakkan Kutu Air pada masa2 tertentu,bagi menghindari berlakunya permasalahan tersebut sila guna selain daripada warna putih dan jernih seperti warna biru,hitam,merah,hijau,Kelabu atau lain2 warna..Saiz Besen/Bekas yang DIGALAKKAN sebaiknya yang berkapasiti lebih kurang 20-30 liter keatas..untuk Bekas/Tank Pembiakkan Kutu air adalah TIDAK DIGALAKKAN mengunakan Bekas yang Tinggi berbentuk silinder seperti Baldi atau Tong Sampah Bertutup sebaliknya guna bekas yang berpermukaan luas seperti Besen bulat ataupun persegi untuk memudahkan peredaran udara dan pergerakkan kutu air anda .
- 10 liter air bebas klorin
- 2 liter Air Chlorella
- Starter Kutu Air Daphnia atau Moina
⚠️ WARNING! DANGER!⚠️
⛔ SILA AMBIL PERHATIAN!!.. ⛔
Dilarang sama sekali melakukan penyediakan tank pembiakan pada waktu Tengahari untuk mengelak anda mengunakan Air Chlorella/Green water dan air yang dalam keadaan Bersuhu PANAS yang akan mengakibatkan kematian Fatal Kepada Kutu Air,Waktu sesuai Menyediakan tank pembiakan ialah pada Waktu pagi,petang dan malam
Sila click link di bawah untuk melihat Video Tutorial cara Penyediaan tank pembiakkan kutu air.. 👇👇👇
https://youtu.be/3y8eUnM-aXc
⛔ SILA AMBIL PERHATIAN!.. ⛔
Selepas Selesai mempersiapkan tank pembiakkan kutu air,sila simpan bekas/tank tersebut di kawasan indoor atau outdoor tetapi kawasan yang tidak terdedah matahari terus,iaitu kawasan yg terlindung dari panas yg boleh boleh mengakibatkan pembiakkan kutu air terganggu dan malah boleh mengakibatkan kutu air mati mendadak akibat perubahan suhu Air menjadi Panas..
-------------- Langkah Ke-3 ----------------
Pada Hari esoknya Sila lihat Air dalam Bekas Ternakan Kutu Air tersebut,sekiranya air masih hijau tidak perlu melakukan apa2 penambahan tunggu hari seterusnya,sila cek air tersebut setiap hari bagi memastikan air hijau tersebut suda habis dimakan oleh mereka,sekiranya air dalam bekas pembiakkan mulai jernih ataupun berwarna kekuningan atau tidak ada lagi warna Air hijau lagi dalam bekas tersebut,Barulah anda tambah Air Hijau/Chlorella Sebanyak 1 liter sehari,mulai pada saat itulah anda harus memberikan makanan Air Chlorella tersebut kepada Kutu Air setiap hari dengan nisbah 1 liter sehari.Sekiranya Air dalam bekas ternakan kutu air tersebut Bertukar warna jernih kurang dari tempoh 24jam atau 12 jam itu bermakna kuantiti pembiakkan kutu air semakin bertambah dan makanan mereka pun WAJIB DIGANDAKAN mengikut kemampuan koloni kutu air tersebut sama ada memberikan mereka 2 Liter sehari Atau 3 Liter sehari ikut pada kecepatan kutu air tersebut menghabiskan air Chlorella..Jika Bekas ternakan tersebut mulai penuh Disebabkan Air sila ikut Step Seterusnya yang akan ditunjukkan dalam Video Dibawah : 👇👇👇
》Part 1
》Part 2
Untuk hari yang berikutnya anda hanya perlu memberikan makanan rutin kepada kutu air seperti biasa,suka saya ingatkan sekali lagi WAJIB TAPIS AIR CHLORELLA setiap kali menggunakannya sebagai makanan kutu air mahupun untuk dijadikan Starter Pembiakkan Chlorella seterusnya,sila Tonton Video di bawah untuk melihat dan mendengar Tips2 Penting dalam Pemberian Makanan harian kepada Kutu air..👇👇👇
》Part 3
SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA ANDA BERJAYA DAN SUCCESS SELALU GAIZZ..💪👍😊
⚠️ INFO TAMBAHAN❗️❗️
SILA BACA INFO KEPENTINGAN "ROUTINE CLEANING" SUPAYA GREEN WATER/PHYTOPLANKTON/CHLORELLA ANDA BOLEH BERTAHAN LAMA..CLICK LINK SINI
Dan JANGAN lupa LIKE & SHARE OFFICIAL FACEBOOK PAGE TGP iaitu TURBO GREEN Phytoplankton tanda sokongan anda kepada produk tempatan kita,serta Dapatkan info2 bermanfaat di page kita yang akan sentiasa kita kongsikan bersama di sana...TQ all 😊👍🏻👍🏻
DAN SUBSCRIBE OFFICIAL CHANNEL YOUTUBE TGP Iaitu Afidz Kerio Channel Dan Sila Tekan Butang Lonceng Untuk sentiasa mendapat secara terus notification Video2 Terbaru Mengenai Cara Pembiakkan Chlorella Dan Kutu Air Serta Info Berkenaan Aquaculture..Terima kasih atas Sokongan Padu anda..🙏😊..Sila Click link di bawah 👇👇👇
Link Masuk Semula Ke TUTORIAL #PART 1 (STEP 1)
STEP YANG KE-2 SELESAI.....
TAHNIAH!🎉🎊 ANDA BERJAYA MEMBIAKKAN CHLORELLA MENGGUNAKAN TGP DAN SECARA LANGSUNG BERJAYA MENYEDIAKAN BEKAS PEMBIAKKAN SERTA BERJAYA MENGHASILKAN KUTU AIR SENDIRI..
SYABAS BETE!..👍👏👏🎊🎉
Hak Cipta TURBO GREEN PHYTOPLANKTON
Comments
Post a Comment